that part of me left yesterday... the heart of me strong today...

Followers

Saturday, May 7, 2011

KONGSI..Lu langsi..Lu Mati





Satu lagi filem yang dijangka akan meletup...
Filem aksi komedi lakonan
Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Shamsudin, Bront Palaree..
akan ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 12 Mei 2011



Teringat lagi masa pergi tengok cita NGANGKUNG dulu...
baru tengok trailer cita neh..
aku dah plan dengan best frenz aku..
letak reminder kat kalendar..
"KITA MESTI TENGOK CITA NEH"
HAHHA...

trademark baru seperti
"LU LANGSI LU MATI"
pasti akan jadi ikutan ramai...

"KONGSI GELAP GAPO..BAWU CUBIT GITU..JERIT SUPO PONDAN"

p/s: pakat-pakat la p tengok cita neh ok..sokonglah filem tempatan...


In a mission on becoming the best that I can be and live life to the fullest ^__^

Friday, May 6, 2011

LETTERS TO JULIET~~



One of my feveret movie~~
Aku suka sangat dengan jalan cita dia...
Best...
Cita neh dah buat aku tersenyum
Dari mula sampai ending...
Bagi sesapa yang minat romantic comedy...
Bolehlah menonton filem neh...

Serba sikit sinopsis pasal cita neh...
Semuanya berkisarkan kehidupan seorang perempuan yang bernama Sophie...


Yang bekerja sebagai "fact checker"...tetapi sangat berminat dengan bidang penulisan..Dia mempunyai seorang tunang seorang chef..yang mayb la mencintai dia...tapi aku tak rasa laki tu macam tuh...dia asyik gila ja dengan kerjaya dia...Neh tunang dia~~



Mereka plan nak pegi Itali..kononnya nak holiday...spend time sama-sama...tapi sebenarnya...
tunang dia neh nak round satu Italy nak cari supplier untuk restoran dia...
(AMBIL KESEMPATAN)..Bila sampai ja kat Italy tu..Laki neh busy nak ke sana-sini untuk cari supplier yang da best..Last-last...tinggal la si Sophie neh sorang-sorang...

Kalau aku jadi Sophie neh dah lama aku p jalan-jalan tinggal ja mamat tuh..huh! memang tu pon yang Sophie neh buat...Satu hari bila dia sampai ke "JULIET HOUSE" dia terkejut..ramai wanita datang ke situ tulis satu surat then lekat dekat dinding rumah juliet tu...ada yang nangeh2...heran dia...then dia stay sat..pastu datang sorang wanita kutip semua surat-surat yang ada kat dinding tuh...Sophie ikut perempuan tuh sampai kat satu tempat dan berjumpa dengan sekumpulan wanita Italy yang menggelarkan diri mereka "secretaries of juliet"...
Mereka neh..Kutip semua surat-surat yang ditulis pastu dilekat kat dinding tuh pastu reply balik surat tuh dengan kata-kata semangat...Satu hari Sophie neh join la mereka neh p kutip surat-surat tuh...pastu dia terjumpa satu surat lama yang terselit dicelah-celah batu-bata dinding rumah juliet tuh...


Nak taw apa yang terjadi lepas tuh....
Sapa nenek ngan laki hensem kat atas tuh???


Tengok la sendiri...
hahahha...
aku dah penat nak terang kat sini..
Mungkin macam tak best ja aku cita kan..
Tapi betul..wa cakap lu..cita neh memang bestttt gila...
tengok la ye...






In a mission on becoming the best that I can be and live life to the fullest ^__^

Thursday, May 5, 2011

Breakfast untuk jiwa..



Pagi neh..Aku jalan-jalan kat IluvIslam...
Nak cari breakfast untuk jiwa...
Ada satu article neh yang betul-betul menyentuh hati aku...
Rasanya macam sesuai sangat dengan apa yang melanda jiwa aku sekarang...
Credit to the writer : NUR AISYAH ZAINORDIN

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?


Kadang-kadang kita terfikir...
adakah kita telah bertemu dengan orang yang salah???
Rakan sekerja yang tak ngam??
Kawan-kawan yang tak boleh wat geng study??
Housemate yang menyakitkan hati ????(mulut nak laser ja...rumah tak reti nak bersih sama2)
Ataupun

kekasih yang tiba-tiba kita rasakan tidak serasi??
atau mungkin juga keluarga yang dirasakan tidak memahami perasaan kita...

Hakikatnya kita akan bertemu dengan ramai manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sukar untuk kita bersama dan menyesuaikan diri..

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan karenahnya yang tersendiri..

kerana...
berlainan manusia itu adalah untuk...

"Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan..."


Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita....Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita...Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita:

'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah...Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman....Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita...

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.....And He Knows best.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

p/s: ALHAMDULILLAH...Aku dah kenyang dengan hidangan breakfast aku pagi neh... kena dengan selera jiwa aku...Kalau inilah jalan yang Allah s.w.t tetapkan untuk aku...Aku redha...Aku akan terus bersabar dan berdoa supaya inilah yang terbaik untuk aku... ::SMILE::









In a mission on becoming the best that I can be and live life to the fullest ^__^

Wednesday, May 4, 2011

R.U.M.A.H.


R.U.M.A.H...
yup....aku dirumah sekarang...

1 May 2011..
buat pertama kalinya..
aku rasa macam aku takkan jejak lagi kaki aku kat rumah neh...
buat pertama kalinya aku rasa macam aku dah takkan
dapat jejak lagi kaki aku kat tanah jelapang padi neh...
dan..
buat pertama kalinya aku rasa dah cuak nak naik bas untuk balik kedah sorang-sorang....

panjang ceritanya...
tapi kalau nak dipendekkan...
aku just nak cakap...

kepada kak yg jaga kaunter tra*snas*onal kat medan gopeng tuh...
cari rezeki kalau nak aniaya orang
hidup takkan pernah nak dapat berkat...

kepada company bas kurn*a b*st*r*
bas yang terpaksa aku naik untuk ke B'twrth
sebab semua tiket untuk balik ke Kedah hari tuh dah sold out..
jangan taw nak cari untung ja...
ada ka patut bas yang accident boleh biar ja terus operasi...
ada otak ke tak!!
tak fikir ka keselamatan penumpang...
untung yg ampa dapat pun datang dari duit kami taw tak!!!!!!


Syukurla..
aku sampai ke B'twrth dengan selamat...
Terima kasih pada abang driver Durian Burung
yang menenangkan hati aku dengan suaranya yang ala-ala Rahim Maarof
sepanjang perjalanan pulang aku dari B'twrth ke Alor Setar...

Sekian saja...






In a mission on becoming the best that I can be and live life to the fullest ^__^