that part of me left yesterday... the heart of me strong today...

Followers

Friday, July 24, 2009





cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis...
bukan kerana merah kilau lip glossnya pada wajah memekar senyuman kosmetik

cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja...
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah..

cantiknya seorang wanita itu sebagai kaum hawa...
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum adam..

cantiknya seorang wanita itu sebagai anak solehah...
tidak menjerat diri pada kedurhakaan dan kemurkaan ILLAHI...

cantiknya seorang wanita itu sebagai intelektualis...
menyala obor mewangi setanggi professionalis..

cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu...
menjauhi persekonkolan ipar lelaki...

cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu...
mencurahkan sepenuh kasih sayang dengan adil...

cantiknya seorang wanita itu sebagai mertua...
telus hati mengagih kasih pada semua...

cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek...
menyaring teladan para anbia buat cucu cicitnya...

cantiknya seorang wanita itu sebagai warganegara...
peka membela nasib maruah negara...

cantiknya seorang wanita itu sebagai akidah...
solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...

cantiknya seorang wanita itu sebagai muslimat...
tunjang agama pewaris nadi Islam
menyumbang jasa dan bakti
memartabatkan Islam dipersada dunia...
INSYA-ALLAH...


erm..n3 kali neh aku just nak share satu puisi yang aku amik kat atas meja kawan aku masa form 5 dulu...sebenaqnya aku pown tak taw mana dia amik puisi neh tapi yang aku pasti bukan dia lar yang tulis sebab kawan aku tak da lar pandai sangat nak berpuisi-puisi neh..kihkih...Apa-apa pown hayatilah bait-bait indah puisi neh khas untukmu...wanita..


In a mission on becoming the best that I can be and live life to the fullest ^__^